Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 1-Jan-2010 09:02
INFORMASI KELAS UKIRAN SAYUR utk FEBRUARI - MAC 2011
JADUAL KELAS INTENSIF UKIRAN SAYUR

20/02/2011(AHAD)

20/03/2011(AHAD)

*Hands on Class. Group class. Terhad kepada 5 peserta terawal membayar deposit. No walk-in.

*Kelas pada hari Isnin - Khamis juga diadakan, tetapi dikhaskan untuk Individual Class. Peserta diberi keistimewaan untuk pilih 3 tarikh, kami akan pilih 1 tarikh yang paling sesuai berdasarkan jadual Chef Meezan.

Apa yang disediakan:-
1. Sayur-sayuran yang hendak diukir sepanjang class
2. Peralatan-peralatan mengukir
3. Nota lengkap&pen
4. Minum pagi disediakan

Apa yang boleh dibawa pulang:-
1. Sejambak bunga hasil ukiran sayur yang telah peserta ukir sepanjang class bernilai RM75
2. Sebilah Bird Beak Carving Knife berharga RM50.00
3. Bakul rotan sebagai pasu
4. Nota lengkap&pen
5. Sijil penyertaan
6. Free gift: Apron ZT CARVE

Apa yang akan dipelajari(Class Content):-
1. Pengenalan kepada alat-alat carving serta fungsinya.
2. Teori tentang cara-cara memegang pisau carving.
3. Teori tentang jenis dan ciri-ciri sayuran yang boleh diukir.
4. Teori tentang jenis-jenis lauk Melayu yang boleh dihias.
5. Demonstrasi teknik mengukir sayuran:
nnnnn• Red Chilli (bentuk: agapanthus flower, anthurium flower, caterpillar)
nnnnn• Aubergines (bentuk: lily)
nnnnn• Cucumber (bentuk: leaf1, leaf2, waterlily flower)
nnnnn• Carrot (bentuk: rose1, carnation, khern flower)
nnnnn• White Radish (bentuk: rose2)
nnnnn• Red Tomato (bentuk: rose3)
nnnnn• Onion (bentuk: lotus flower)
nnnnn• Leek (bentuk: dandelion flower)
6. Praktikal oleh peserta – Mengukir 8 jenis sayuran, 14 ukiran berbeza.
7. Praktikal menyusun dan menggubah ukiran sayur menjadi jambangan bunga.
8. Sesi penilaian dan ulasan hasil kerja setiap peserta oleh Chef Meezan.
9. Sesi soal-jawab.

Harga kelas:-
1. Group Class RM250.00 seorang
2. Individual Class RM400.00 seorang

PROMOSI!!
Diskaun RM50.00 daripada jumlah yuran(Kelas Ukiran Sayur + Kelas Ukiran Buah Asas) bagi mereka yang mendaftar kedua-dua kelas pada bulan yang sama.

Masa: 9.00 pagi - 02.30 petang

Lokasi: Kajang/Bandar Baru Bangi.
*Alamat dan peta hanya akan dimaklumkan@diemailkan selepas kami terima 50% deposit.

Cara mendaftar:-
1. Sila baca Terma&Syarat di bawah sebelum mendaftar
2. Hubungi(call only, sms tidak akan dilayan) Pn.Tie di talian 019 - 2110 897 untuk confirm kekosongan
3. Bank in 50% deposit ke akaun Maybank 5628 3460 3686 ZT CARVE ENTERPRISE selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh kelas
4. Fax slip bank ke 03-8927 3932(u/p: Fathiah) atau email ke ztcarve@yahoo.com
5. Sertakan NAMA PENUH, NO IC, ALAMAT, TARIKH KELAS bersama-sama slip bank tadi

Terma&Syarat:-
1. Pendaftaran peserta hanya akan diluluskan setelah ZT CARVE mengesahkan penerimaan deposit
2. Deposit adalah minimum 50% daripada jumlah keseluruhan
3. Pembayaran melalui cek dikira sah setelah ia ditunaikan
4. Deposit tidak akan dikembalikan jika peserta membatalkan pendaftaran atas APA jua sebab dan pada BILA-BILA masa, melainkan pembatalan dibuat oleh pihak ZT CARVE sendiri
5. Sebarang penangguhan penyertaan kepada tarikh lain hanya dibenarkan bagi mereka yang memaklumkan tidak kurang 30 hari dari tarikh asal. Penangguhan selepas 30 hari tidak akan dilayan.
6. Baki 50% yuran kelas hendaklah dijelaskan secara TUNAI ketika menghadiri kelas, sebelum kelas bermula.
7. ZT CARVE berhak tanpa prejudis menolak pendaftaran peserta yang tidak atau lewat membayar deposit pada jangka masa yang ditetapkan
8. ZT CARVE berhak menggunakan atau memaparkan apa jua gambar/video yang diambil untuk tujuan promosi, pengiklanan atau tujuan lain yang dirasakan mendatangkan faedah kepada syarikat tanpa perlu mengeluarkan apa-apa notis kepada peserta yang terlibat. Sesungguhnya segala sumber adalah hak milik penuh ZT CARVE ENTERPRISE

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi(call only, NO SMS) Pn.Tie(019 -2110 897)

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.